Sunday, July 19, 2009

...ketika hati gundah diuji Sang Pencipta....

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira ada terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertemu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang pada senyuman yang tetera di wajah
Namun tak siapa yang tahu
tak siapa yang mampu menilai
sejauh manakah manisnya senyuman itu
Apa yang pasti, manis wajah tidak mampu mngukur
hati seorang yang bergelar insan

Telah diajar bahawa
segala takdir diterima dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Tapi entah mengapa
setiap kali diri ini diuji
masih tidak mampu mencari jalan keluar
masih tercari-cari kekuatan
yang tidak pasti utuhnya

Namun,
Dia Maha Penyayang,Maha Pengasih terhadap hambaNya
walaupun diri ini sering leka
sering alpa pada nikmat dunia
Masih diberi cahaya
yang mampu menerangi mata hati
mnyuluh jalan luhur menghadap Ilahi

Harus ada rasa syukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelas membuktikan
Dia masih sayang,Dia masih kasih
Diuji tahap keimanan
sedangkan ramai yang terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

No comments:

Post a Comment